Klinik Pergigian Emperio | Pakar Gusi Malaysia | Periodontist

Penyakit Periodontium (Gusi) bagi Dewasa

Latar belakang

Penyakit periodontium (gusi) boleh dikategorikan mengikut peringkat atau tahap kerosakan.

  • Gingivitis adalah peringkat awal penyakit yang hanya melibatkan gusi (gingiva) sahaja.
  • Periodontitis adalah peringkat penyakit yang lebih teruk di mana jangkitan telah merebak ke akar gigi dan melibatkan tulang serta struktur tisu penyokong gigi.

Adakah penyakit perodontium (gusi) biasa terjadi?

Ya, ramai orang mengalami masalah perodontium (gusi).

Kajian “National Oral Health Survey of Adult 2000”, Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan 9 daripada 10 orang dewasa Malaysia mengalami pelbagai peringkat penyakit perodontium (gusi).

Apakah yang menyebabkan penyakit gusi ?

Plak gigi merupakan penyebab utama penyakit gusi.

Walau bagaimanapun terdapat faktor-faktor lain yang turut menyumbang kejadian penyakit gusi seperti :

Faktor Lokal :

  • Kalkulus atau plak gigi yang telah keras
  • Kerosakan gigi
  • Gigi palsu (dentur)
  • Mulut kering

Faktor Sistemik :

  • Merokok
  • Diabetes
  • Stres
  • Sebahagian ubat-ubat untuk masalah perubatan seperti epilepsi dan tekanan darah tinggi
  • Perubahan hormon contohnya semasa mengandung

Apakah gejala dan tanda-tanda penyakit perodontium (gusi) ?

Anda mungkin akan mengalami keadaan berikut:

  • Gusi berdarah
  • Gusi merah dan bengkak
  • Gigi longgar
  • Berubah dari kedudukan asal ( tersesar )
  • Nafas berbau ( halitosis )
  • Gusi mula menyusut dan mendedahkan bahagian akar gigi.
  • Gangguan deria rasa
  • Ada kalanya sakit

Beberapa fakta mengenai penyakit perodontium (gusi).

  • Penyakit perodontium (gusi) selalunya tidak sakit dan ramai orang tidak sedar yang mereka mengalaminya.
  • Semasa mengandung atau datang haid, gusi boleh membengkak dan sakit kerana perubahan hormon.
  • Penyakit gusi boleh menyebabkan implikasi sosial kerana ia berkaitan dengan nafas berbau dan penampilan yang kurang menarik.
  • Kehilangan gigi.

Bagaimana mencegahnya?

Kesihatan gigi yang baik perlu dicapai melalui amalan :

  • Penjagaan kebersihan mulut yang baik dengan:
    • Berus gigi sehingga bersih
    • Gunakan flos
    • Berkumur-kumur
  • Makan secara sihat, hadkan pengambilan makanan ringan dan kurangkan gula dalam makanan.
  • Tidak merokok
  • Lawatan berkala ke klinik pergigian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need help?